Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Nak Tahu Ketulenan Emas. No 4 anda boleh rasakan sendiri ketulenannya.

Imej
Ketakutan sehingga takut nak beli emas sebab scammer atau tak tulen, anda sendiri perlu buat ujian sendiri. Pastikan tulen baru beli okey! Oleh: Noor Azuana Binti Mat Noor 21Mac2021 | 11:00am #1 Uji Ketulenan Emas Secara Visual 1. Periksa cop pada emas, kebiasaannya ada tertera dalam bacaan fineness (1-999 atau 0.1 – 0.999) dalam bacaan karat (10k, 14k, 18k, 22k, atau 24k). Jika terlalu kecil gunakan kanta pembesar untuk pastikan dengan betul kerana sesetengah emas palsu juga dicop dengan bacaan emas agar nampak seperti asli. 2. Perhatikan perubahan warna dengan cara menggosok dengan jari pada mana-mana bahagian emas itu. Emas palsu akan menampakkan warna logam yang lain dan perbezaan warna dengan emas asal. #2 Uji Emas Dengan Magnet – Gunakan magnet dan uji pada emas. Jika emas melekat pada magnet bermakna ia adalah emas palsu kerana sudah bercampur dengan logam lain seperti besi. Tapi awas, ada juga emas palsu yang dicampurkan dengan bahan logam lain yang tidak magnetik. Cadangan Ema