Beza Emas Fizikal dan Emas GAP di Public Gold.

Seringkali saya disoal anda😊; Mana untung beli Emas Fizikal atau GAP? Kedua-duanya ada kelebihan dan kekuatan dalam  platform Public Gold!

Oleh: Noor Azuana Binti Mat Noor
Selasa 29 Disember 2020 | 09:15am

7 Perbezaan yang perlu anda sendiri tahu nak beli Emas Fizikal atau Emas GAP! Jom baca.

1. Waktu perubahan harga

Harga Emas Fizikal setiap 20minit berubah manakala harga Emas GAP setiap hari pada jam 12am.

2. Harga 1gram

Harga Emas Fizikal 1gram lebih mahal sebab harga retail berbanding harga Emas GAP lebih murah sebab ikut harga semasa pasaran.

3. Harga 10gram

Harga Emas Fizikal 10gram lebih rendah, lagi berat gram maka lagilah rendah purata harganya manakala harga Emas GAP pergramnya sama.

4. Kaedah penyimpanan

Emas Fizikal beli dan simpan sendiri atas risiko sendiri, manakala Emas GAP disimpan dalam bentuk akaun dan disimpan oleh Public Gold.

5. Bajet

Emas Fizikal jika ada bajet besar, recommeded minimum beli 1 Dinar atau 10gram goldbar kerana small bars harga 9gram ke bawah lebih mahal manakala Emas GAP sangat sesuai bagi yang baru nak mula menyimpan Emas, boleh menabung sikit-sikit secara konsisten serendah RM100 atau 1gram setiap bulan.

6. Kaedah pembelian dan caj

Emas Fizikal boleh dibeli secara bayaran penuh (fullpayment) , ansuran EPP (Easy payment purchase) 4bulan atau 10bulan dengan caj GP dan caj EPP manakala Emas GAP boleh dibeli secara bayaran penuh minima RM100 dan hanya dikenakan caj Gold Premium (GP) sahaja jika nak dikeluarkan dalam bentuk fizikal.

7. Item pilihan

Emas fizikal telah ditentukan oleh customer sama ada ingin beli goldbar ataupun dinar mengikut CSO invoice order manakala Emas GAP anytime customer boleh buat pilihan selagi invoice belum keluar hanya tolak jumlah gram emas yang telah dikumpulkan dalam akaun sama ada goldbar atau dinar.

Perhatian:

Jangan risau akaun Emas GAP sama juga boleh dikeluarkan dalam bentuk seperti Emas Fizikal goldbar 1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 50gram, 100gram, 250gram & 1000g. 


Begitu juga Syiling Dinar Emas dalam 1/2Dinar, 1Dinar, 5Dinar dan 10 Dinar juga boleh dikeluarkan melalui akaun Emas GAP.



____________________🌻🌻🌻__________________

Apakah maksud caj Gold Premium (GP)?

Ia adalah "caj transportation" iaitu kos Public Gold menghantar emas untuk memudahkan pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold serta cawangan Pos ArRahnu terdekat di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Untuk makluman para pembaca, harga emas di website Public Gold yang dipaparkan adalah harga real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke branch berhampiran kita.

Bagaimana caranya untuk jimatkan kos bagi caj Gold Premium (GP)?

Mudah sebenarnya, buatlah pembelian secara gram yang lebih besar. Contoh pengiraannya begini; 

Kos caj Gold Premium untuk 1gram adalah RM 10. Jika 1gram 10keping, kos caj GP yang dikenakan adalah RM10 x 10 keping = RM100

Nak lebih jimat! beli terus goldbar 10gram hanya dikenakan caj Gold Premium 1keping 10gram = RM15. 

Jimat RM 85 (RM 100 - RM15).

Di sini Saya sediakan untuk anda caj Premium yang dikenakan ke atas semua item pilihan sama ada bayaran penuh, ansuran mudah ataupun GAP.




Apakah maksud Caj EPP?

Caj EPP paling senang nak ingat. EPP bermaksud Easy Payment Purchase iaitu ansuran mudah. Sekiranya anda memilih kaedah bayaran secara ansuran di Public Gold, kos caj EPP berdasarkan jumlah gram. Setiap 1gram goldbar RM1 jika 100g RM100. 

Di sini ada rujukannya. Lebih jelas dan faham.
Pandangan saya : 
Jika anda ada bajet lebih, saya lebih fokus untuk menyarankan  anda membeli Emas Fizikal Goldbar berbanding Emas GAP walaupun GAP disandarkan pada emas fizikal namun tetap sama seperti akaun Emas di mana-mana bank di Malaysia tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurance Deposit Malaysia (PIDM). Lebih selamat dan jelas anda membeli Emas Fizikal berbanding akaun Emas.

Semoga bermanfaat untuk anda bermula menyimpan emas dari sekarang. 

Wana a.k.a BondaGold
"Anytime bimbing anda untuk menyimpan Emas dengan betul dan bijak"

Noor Azuana Binti Mat Noor
Trusted Dealer & Recomended
Public Gold International
PG00233234 | +6010-5176268

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020

FB SINARAN MENTARIKU
29 DISEMBER 2020 | SELASA 09:15AM
https://emas2u.com/dealer-public-gold/






 


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

21 Kelebihan Memiliki Syiling Emas Dinar 999.9

Akaun GAP Junior untuk Si Manja Anda di Public Gold