10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

Pernah dengar tentang Ar-Rahnu? Apakah maksud sebenar dan konsep di sebalik Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional yang sedia ada?

Oleh: Noor Azuana Binti Mat Noor
Khamis 31 Disember 2020 | 04:45AM

Apakah maksud Ar-Rahnu?

Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan syariah. Perkataan Ar-Rahnu berasal daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa maksud gadai. Gadai diperbolehkan dalam agama Islam atas syarat-syarat tertentu.

Objektif Ar-Rahnu

Tujuannya adalah sama dengan pembiayaan peribadi tetapi dengan mencagarkan Emas untuk mendapatkan wang. Sekurang-kurangnya peminjam tidak begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula pembiayaan kerana Emas telah dicagarkan.

Ada 5  Rukun Gadaian iaitu:
  1. Rahin ( pemberi gadai) dan Murtahin (penerima barang gadaian).
  2. Marhun Bih (hutang)
  3. Sighah (Ijab dan Qabul) iaitu penyerahan dan penerimaan gadaian.
  4. Penerimaan  barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.
  5. Barang gadaian. Terdiri dari barang-barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut pandangan syarak.
3 Syarat Gadaian;

  1. Akad gadaian mestilah dilakukan melalui ijab dan Qabul (tawaran dan penerimaan).
  2. Penggadai (ar-Rahin) dan orang yang memegang gadaian (al-Murtahin) hendaklah terdiri daripada orang yang layak mentadbir harta (Mutlak al-Tasarruf). Oleh itu, kanak-kanak yang belum baligh, atau orang yang gila, tidak sah melakukan atau menerima gadaian. 
  3. Barang yang digadaikan (al-Marhun) mestilah barang yang dimiliki dan boleh dijual.
Oleh itu, sangat disarankan agar perjanjian haruslah diwujudkan sebagai black & white sebagai bukti yang sah untuk mengelak sebarang masalah dan kekeliruan berkenaan gadaian.

Mengapakah gadaian dibenarkan dalam Islam.

1) Membolehkan orang yang sedang dalam kesempitan wang mendapatkannya dengan cara yang baik dan diperbolehkan oleh syarak.

2) Menjadi jaminan bagi pemberi hutang sekiranya orang yang berhutang tidak dapat menjelaskan hutangnya.

3) Memberi keyakinan kepada pemberi hutang dalam mendapatkan kembali wang yang telah dipinjamkan.

4) Mengelakkan sebarang perbalahan antara pemberi hutang dengan orang yang berhutang sekiranya tidak dilunaskan.

5) Memberi dorongan kepada orang yang berhutang agar membayar hutangnya bagi mendapatkan kembali barang yang digadai.

Info tambahan:
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) adalah pencetus idea dalam memperkenalkan Ar-Rahnu di Malaysia sebelum diikuti institusi lain seperti Kedai Al-Rahn (KAR) yang dimiliki oleh Permodalan Kelantan Berhad dan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Terengganu.

Ar-Rahnu kini Semakin Meluas

Pada masa sekarang, bank dan koperasi juga ada menawarkan Skim Ar-Rahnu ini. Apa yang untungnya, peminjam tidak dikenakan kadar keuntungan sebaliknya hanya dikenakan upah simpan, itu pun dengan caj yang paling minima. Surah al-Baqarah ayat 283 juga ada menerangkan perihal gadaian ketika berhutang.


Konsep Ar-Rahnu ini boleh dikatakan situasi menang-menang di antara pemberi pinjaman dan peminjam, kerana pemberi pinjaman memegang emas milik peminjam manakala peminjam mendapat wang tunai.

Konsep Ar-Rahnu

Pelaksanaan Ar-Rahnu adalah bersandarkan kepada tiga kontrak iaitu:

1. Qardhul Hasan
Dalam Bahasa Melayu adalah pembiayaan yang tidak mengenakan apa-apa caj selain daripada pembiayaan yang telah diberikan. Tiada keuntungan yang boleh diambil oleh pemberi pinjaman terhadap peminjam.

2. Wadiah Yad-Dhamanah
Pemberi pinjaman bertanggungjawab menjaga emas yang dipajakkan. Jika berlaku sebarang kehilangan, pemberi pinjaman akan bertanggungjawab untuk menggantikan semula emas tersebut.

3. Al-Ujrah
Di dalam kontrak Ujrah, pemberi pinjaman dibenarkan mengenakan sedikit caj sebagai upah menjaga emas yang dicagarkan. Dalam konteks Ar-Rahnu, Ujrah adalah upah simpan yang digunakan untuk perlindungan Takaful, gaji pekerja, kos pentadbiran, dan keuntungan kepada institusi
pemberi pinjaman.

Kenapa Ar-Rahnu?

Berikut adalah 4 sebab kita perlu memilih Ar-Rahnu:

1. Proses yang mudah dan cepat
Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji diperlukan. Wang tunai boleh diberikan segera dan amat sesuai jika berlakunya kecemasan.

2. Kurang risiko ‘Non Performing Loan’
Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak mampu, peminjam boleh memanjangkan lagi tempoh ke 6 bulan seterusnya dengan membayar terlebih dahulu upah simpanan semasa.

Jika masih tidak mampu, pemberi pinjaman akan melelong emas tersebut. Itupun setelah diberikan tiga kali notis.
Pemberi pinjaman akan mengambil jumlah pinjaman + upah simpan daripada hasil lelongan tersebut. Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada peminjam. Ini mengurangkan risiko kepada pemberi pinjaman dan peminjam pula tiada risiko berdepan tindakan saman atau bankrup jika tidak mampu bayar.

3. Pembayaran yang fleksibel
Apa yang menariknya dengan Ar-Rahnu, adalah pinjaman boleh dibayar secara ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran dilunaskan sehingga tempoh penebusan. Ini memberikan kelebihan terutamanya kepada peniaga kecil yang memperolehi keuntungan secara harian.

4. Kadar upah simpan yang sangat minimum

Jika anda masih ragu-ragu, boleh buat perbandingan dengan pajak gadai konvensional. Sebagai contoh, Ada Ar-Rahnu menawarkan bawah 1% bagi setiap nilai RM100 marhun (emas) sebulan manakala pajak gadai konvensional 2% daripada keseluruhan pinjaman.  Oleh itu kita boleh manfaatkan kelebihan Ar-Rahnu ini jika kesempitan wang atau memerlukan tunai dengan kadar segera kerana memilih gadaian secara Islam.

12 PERBEZAAN SISTEM AR-RAHNU VS PAJAK GADAIAN KONVENSIONAL

Ramai yang masih tidak tahu lagi kelebihan Ar-rahnu pada hari ini, bagaimana cara kiraan, apa kelebihan dan kebaikan ia. Disini saya ingin memberi serba sedikit kelebihan Ar-rahnu :

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional yang paling utama ialah:

1)Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)

Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.

2)Nilai Gadaian Tidak Merosot 

gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.

3)Wang Lebihan Gadaian Dipulangkan

Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian. 

4)Barang Kemas Yang Disimpan Selamat

Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian. 

5) Caj perkhidmatan Yang Rendah 

Ar-Rahnu menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvensional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut. 

6) Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan. 

Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian. 

7)Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah 

Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka. 

8) Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan

Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan. 

9) Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya

Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

10) Wajib mencari tempat cagaran berlandaskan Islam

Ar-Rahnu adalah salah satu tempat untuk memudahkan orang Islam lebih mementingkan urusan bermuamalat gadaian secara Islam bagi mengelakkan berlakunya penindasan ke atas barang gadaian manakala Pajak Gadai Konvensional tidak mengambil kira anda siapa dan boleh berlaku penindasan atau penipuan tanpa anda sedari.


Wana a.k.a BondaGold
"Sedia membimbing anda bagaimana untuk memanfaatkan Emas yang ada demi mempermudahkan segala urusan, insyaallah"

Sebarang pertanyaan boleh contact/ WhatsApp saya anytime! Pasti saya bantu. www.wasap.my/60105176268


Noor Azuana Binti Mat Noor
Trusted Dealer & Recommended 
Public Gold International
PG00233234 | +6010-5176268

FB SINARAN MENTARIKU

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020
31 DISEMBER 2020 |04:45AM
https://emas2u.com/dealer-public-gold/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

21 Kelebihan Memiliki Syiling Emas Dinar 999.9

Akaun GAP Junior untuk Si Manja Anda di Public Gold