11 Perbezaan antara Emas 999 vs Emas 916 . Kini semuanya ada di Public Gold

Biasa beli Emas 916 ingatkan dah terbaik, ada lagi bagus Emas Gred 999 ye!

Oleh: Noor Azuana Binti Mat Noor
ISNIN 28 DISEMBER 2020 | 12:38PM

Di Malaysia, kebanyakan wanita dan lelaki sangat maklum tentang kewujudan Emas. Umumnya mereka lebih tahu emas perhiasan iaitu barang kemas 916 berbanding Emas jongkong 999. Masih ada yang tidak tahu apakah pelaburan gred Emas yang terbaik untuk dimiliki. Namun tidak hairanlah juga,  kerana kurangnya pendedahan bagaimana untuk mendapatkan ketulenan Emas yang sebenar. 

Di sini, Saya rungkaikan 11 perbezaan Emas 999 dan Emas 916 dengan jelas supaya para pembaca blog BondaGold faham dengan jelas; 


1. Gred
Emas 999 adalah emas first class gred pertama manakala Emas 916 adalah emas third class iaitu gred ketiga.

2. Kandungan
Emas 999 mempunyai 99.9% kandungan tulen emas sebenar manakala Emas 916 kandungan emas adalah 91.6%.

3. Bahan campuran
Emas 999 tidak dicampur dengan logam lain atau benda asing manakala emas 916 bercampur dengan 8.4% logam lain seperti tembaga, perak, zink dan besi atau logam lain.

4. Kelenturan
Emas 999 lembut dan tidak sesuai untuk barang kemas perhiasan manakala Emas 916 keras dan sangat sesuai direkabentuk pelbagai barang kemas perhiasan.

5. Warna
Emas 999 lebih bersinar, berkilau dan tidak pudar manakala Emas 916 lebih mudah untuk pudar kerana kurangnya kandungan emas.

6.Spread  ialah susut nilai 
Emas 999 susut nilai rendah hanya di Public Gold sekitar 5-10% yang terendah berbanding di kedai emas sekitar 18-25% manakala Emas 916 susut nilai antara 25-35%.

7. Pelaburan / Simpanan
Emas 999 paling sesuai untuk simpanan dan pelaburan tetapi tidak sesuai untuk perhiasan manakala Emas 916 paling sesuai untuk barang kemas perhiasan tetapi tidak sesuai untuk pelaburan.

8. Kos
Emas 999 tiada kos upah tukang / workmanship namun ada caj premium terendah mengikut berat gram emas manakala Emas 916  dikenakan kos upah / workmanship yang tinggi dan mengikut design viral trending.

9. Harga Gadaian di arRahnu atau pajak gadai Konvensional
Emas 999 yang digadai untuk mendapatkan pinjaman agak tinggi manakala Emas 916 yang digadai lebih rendah.

10. Pemilik
Emas 999 sangat fleksibel dimiliki oleh kaum lelaki mahupun wanita sebagai pelaburan atau simpanan manakala Emas 916 lebih sesuai dimiliki oleh  wanita untuk digayakan dan bagi umat Islam lelaki diharamkan untuk memakainya namun memilikinya diharuskan.

11. Rekabentuk
Emas 999 rekabentuknya khas direka dalam bentuk jongkong (petak) dan syiling (bulat) manakala Emas 916 khas direkabentuk seperti gelang, rantai leher, subang dan cincin.
____________________🌻🌻🌻__________________

 Kesimpulannya, Emas 999 dan Emas 916 tetap ada kelebihan dan kekurangannya namun untuk merasai pengalaman kedua-duanya sangatlah dibolehkan untuk dibeli, disimpan, dimiliki dan digayakan ia tetap Emas.

Semoga bermanfaat untuk anda memilih yang mana terbaik sama ada Emas 999 atau Emas 916 demi mencapai matlamat pelaburan sebenar yang anda inginkan. 

Wana a.k.a BondaGold 
"Komited untuk membimbing anda memulakan pelaburan Emas sampai faham" insyaallah.

Sebarang pertanyaan boleh sahaja hubungi Saya a.k.a BondaGold 💕 anytime Insyaallah sedia membantu.

https://publicgold.me/bondagold

Noor Azuana Binti Mat Noor
PG00233234 | +6010-5176268
TRUSTED DEALER & RECOMMENDED
PUBLIC GOLD INTERNATIONAL

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020
  • Top Producer Bronze Bulan Januari 2021
  • Top Producer Gold Bulan Februari 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Mac 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Apr 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Apr 2022
  • Top Producer Silver Bulan Mei 2022
  • Top Producer Platinum Bulan Jun 2022


FB SINARAN MENTARIKU
https://emas2u.com/dealer-public-gold/

Ulasan

  1. Dahulu saya pun fikir 916 dah terbaik. Jadi berminat nak kumpul... lepas kenal PG, terus terbuka hati nak simpan 999. Masing2 ada pandangan tersendiri...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nyawa kita milik Allah, tiada siapa yang tahu bila ajalnya tiba

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

24jam boleh shopping di PGMall🥰