7Tips Rahsia Hebat Untung Simpan Emas. Public Gold pilihan terbaik.

Untung ke Simpan Emas? Mostly Soalan yang sering ditanyakan bagi orang yang baru nak ceburkan diri membeli Emas.

Oleh: Noor Azuana Binti Mat Noor
Sabtu 26 DISEMBER 2020 |21:30PM

Ini adalah soalan biasa bagi orang yang tidak biasa simpan emas.

Ataupun, mungkin ada juga yang telah simpan emas tapi masih tidak jelas mengapa dia perlu menyimpan emas.

Yang dia tahu hanyalah nak untung. Ibaratnya beli hari ini terus dapat keuntungan.

Untung.. untung.. untung..

Rugi tidak terlintas langsung..

Sebenarnya dalam dunia ini, apa sahaja benda yang kita beli sekarang pasti telah jatuh harganya walaupun Kita belum menggunakannya. Pelik tapi begitulah sebab dah jatuh jadi second hand.

Dek kerana terlalu nak kejarkan keuntungan maka senanglah masuk perangkap skim cepat kaya tanpa berfikir panjang walaupun telah berkali-kali diingatkan di media massa setiap hari.

Panduan berikut mungkin boleh dijadikan pertambahan ilmu untuk semua pembaca  di blog Wana a.k.a BondaGold ini. Antaranya ada 7Tips Rahsia Hebat jika Bijak Simpan Emas dengan Ilmu



1. Untung bila ada kenaikan harga emas : 

Sejarah telah menunjukkan harga emas meningkat secara jangka panjang bukan jangka pendek. 20 tahun yang lepas, harga segram emas hanyalah RM30. 

Sekarang tahun 2020 , harga emas ialah sekitar RM269 segram ( harga hari ini 26/12/2020)

2. Untung pertambahan berat gram emas bila harga menurun : 

Ya di sinilah keuntungannya bila berlaku harga emas turun, ambil peluang beli emas dengan harga lebih murah. Emas juga aset harta. Bila harga turun, kita boleh beli tambah berat gram emas. Pemurataan Kos Emas juga berlaku dan menjimatkan.

3. Untung bila duit kita tidak habis walaupun dialih dalam bentuk Emas : 

Emas ini unik,  bila dibeli kita hanya menukarkan duit kita menjadi emas. Ada nilainya. Saban tahun nilainya meningkat pula. Tidak sama  apabila kita beli kereta kerana duit yang ditukarkan lama kelamaan akan jadi besi buruk akhirnya. Dari nilai harga kereta RM80k akan jadi RM3k atau tidak bernilai langsung. 

Emas yang kita pegang dan berada di tangan kita tiada tarikh luput dan sentiasa evergreen mengikut peredaran zaman.

4. Untung apabila naluri berbelanja dapat dirawat bukan disekat: 

Bila kita simpan duit, naluri berbelanja sangat tinggi. Sebagai penawarnya, simpanlah emas kerana naluri untuk berbelanja boros dapat dikurangkan malah ampuh dirawat secara berhemah.

InsyaAllah sedikit demi sedikit kita akan mula menghargai setiap sen dari pendapatan kita sekiranya Kita bermula dari sekarang menyimpan Emas.

5. Untung andai terdesak, emas boleh bertukar menjadi duit kecemasan yang tersangat mudah : 

Hanya emas yang senang beli, mudah urus, boleh digadaikan dan memiliki tahap kecairan paling tinggi. Tanah juga aset berharta, namun susah hendak dijual dan mendapat pembelinya juga memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan segera, banyak prosedurnya.

6. Untung jika anda simpan minima 100g maksima lebih 1kg: 

Jika anda simpan small bar yang beratnya 1gram selama setahun sudah tentu rugi kerana anda tidak berinspirasi nak simpan lebih banyak dalam masa setahun, malah hanya mengharapkan keuntungan menyimpan emas 1gram. Sudah tentu tidak untung dan spread nilainya juga tinggi. Disarankan anda sentiasa fokus untuk menambah berat gram emas jika anda penyimpan Emas berjaya manakala sebagai Pelabur Emas sudah pasti akan bermula dengan menyimpan minima 100g Emas atau lebih.

7. Untung dari sudut ketahanan terhadap inflasi: 

Harga emas turun naik secara jangka pendek it perkara biasa. Bila harga naik, ia mungkin turun sedikit. Selepas itu ia akan naik semula secara signifikan.

Tidak seperti duit kertas. Nilainya bila dah turun, susah nak naik balik dan pulih kembali. Akhirnya boleh jadi zero.

Jelaskan? Berminat nak mula simpan emas, klik link ini ;

www.wasap.my/60105176268/NakSimpanEmas. Saya bantu.

Wana a.k.a BondaGold
"Sedia membimbing anda sehingga faham"

Noor Azuana Binti Mat Noor
Trusted Dealer & Recommended 
Public Gold International
PG00233234 | +6010-5176268

FB SINARAN MENTARIKU
26 DISEMBER 2020 |21:30PM
https://emas2u.com/dealer-public-gold/

Ulasan

  1. Alhamdulillah. Satu penjelasan yang baik serta mudah difahami. Mudahan akan membuka minda kepada semua golongan untuk mencari arah tujuan yang baik dalam cara menguruskan simpanan. Simpanan dalam bentuk emas ini adalah satu cara paling berkesan dari penyusutan sumber kewangan dalam masa jangka panjang. Semoga semua bermanfaat dalam urusniaga EMAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah benar hamba Allah. Semoga Kita memahami pelaburan Emas juga adalah platform terbaik yang sentiasa evergreen mengikut peredaran zaman. Nilainya tetap ampuh tanpa dimamah Inflasi.

      Padam
  2. Terima kasih atas pencerahan tentang ilmu emas...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

Nyawa kita milik Allah, tiada siapa yang tahu bila ajalnya tiba

24jam boleh shopping di PGMall🥰