3Sebab Utama Emas Penting Ada di Tangan Anda

Kenapa Simpan Emas Sangat Penting?

Oleh : Noor Azuana Binti Mat Noor
SABTU 02 JANUARI 2021 | 11:45am

Sejak lahirnya kita di zaman ini, kita sudah tidak jumpa lagi emas dan perak digunakan sebagai sistem kewangan.  Apa yang kita tahu ialah sistem kewangan hari ini menggunakan wang kertas ‘Fiat Money’. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan.

Sebenarnya emas dan perak sebagai alat tukar perdagangan telah dikenali ribuan tahun dahulu.  Dalam dunia Islam wang emas dan perak dikenali sebagai dinar dan dirham telah digunakan sejak awal Islam baik untuk kegiatan muamalah mahupun ibadah seperti zakat.

Kali terakhir penggunaan Dinar dan Dirham sebagai mata wang ialah berakhirnya empayer Khalifah Uthmaniah pada tahun 1924 di Turkey.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas dan perak itu adalah mata wang sebenar dan bila anda benar2 faham akan fungsi emas dan perak, anda akan rasakan sangat penting untuk ditukarkan wang kertas kepada mata wang yang sebenar.

1. Emas sebagai Rizab keluarga.

Rizab bermaksud sesuatu yang dijadiRkan sebagai simpanan masa hadapan untuk melindungi atau membantu bila diperlukan.  Emas merupakan simpanan rizab keluarga yang sangat penting yang perlu anda miliki.

Bila bercakap tentang rizab boleh dikatakan semua negara di dunia ini mempunyai simpanan rizab emas demi melindungi ekonomi negara tersebut dan juga bagi menunjukkan nilai kekayaan sesebuah negara.

Saya sangat setuju dengan ayat di bawah ini

"Menyimpan adalah Tabiat Orang-Orang Kaya"

Pada pendapat saya cara membina rizab keluarga dengan emas sebaiknya bermula dari usia yang muda sebab masa ini anda masih kurang tanggungan. Bagi Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil didiklah mereka dengan simpanan emas sejak zaman persekolahan diperingkat rendah.  Berikan ilmu emas yang betul supaya mereka faham kenapa pentingnya simpan emas.

Bagi anda yang bekerja setiap kali dapat gaji tukarkan 10% wang gaji kepada emas dan bagi anda yang bekerja sendiri atau berniaga pastikan 10% dari hasil pekerjaan atau perniagaan disimpan dalam bentuk emas. Satu perkara yang perlu anda buat ialah simpanlah emas setiap bulan secara konsisten.

Saya percaya jika anda amalkan tabiat menyimpan ini akhirnya akan dapat membina aset emas sebagai rizab untuk anda dan keluarga anda.

2. Nilai Emas sangat stabil.

Satu lagi sebab kenapa simpan emas itu sangat penting ialah kerana harga emas yang sangat stabil sepanjang zaman. Bukti yang menunjukkan harga emas (dinar) dan perak (dirham) mata wang yang stabil ada terungkap dari ayat-ayat dalam hadits dan al-Quran.

Hadits Tentang Dinar:

”Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata : saya mendengar penduduk bercerita tentang ’Urwah, bahwa Nabi S.A.W memberikan wang satu Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu Dinar. Ia pulang membawa satu Dinar dan satu ekor kambing. Nabi S.A.W. mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli debupun, ia pasti beruntung” (H.R.Bukhari)

Dari hadits tersebut kita tahu bahwa harga pasaran kambing yang wajar di zaman Rasulullah, SAW adalah satu Dinar. Kesimpulan ini diambil dari fakta bahwa Rasulullah SAW adalah orang yang sangat adil, tentu beliau tidak akan menyuruh ‘Urwah membeli kambing dengan wang yang kurang atau berlebihan.

Keajaiban tentang Dinar ialah setelah lebih 1400 tahun jika anda mempunyai 1 Dinar, masih lagi boleh beli seekor kambing.

Al-Quran Tentang Dirham:

وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَٰهُمْ لِيَتَسَآءَلُوا۟ بَيْنَهُمْ ۚ قَالَ قَآئِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ ۖ قَالُوا۟ لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۚ قَالُوا۟ رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَٱبْعَثُوٓا۟ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِۦٓ إِلَى ٱلْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَآ أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

Surat-al-kahfi-ayat-19

Di ayat tersebut di atas diungkapkan bahwa mereka meminta salah satu rakannya untuk membeli makanan di kota dengan wang peraknya. Tidak dijelaskan jumlahnya, tetapi yang jelas wang perak (Dirham). Kalau kita andaikan para pemuda tersebut membawa 2-3 keping wang perak saja dan masih dapat membeli makanan untuk beberapa orang setelah sekian lama. Jadi setelah lebih kurang 18 abad, daya beli wang perak masih lagi sama.

3. Emas adalah matawang Antarabangsa.

Emas telah terbukti sebagai mata wang fitrah yang disukai oleh semua golongan yang mengetahuinya. Walaupun emas (dinar) dan perak (dirham) tidak lagi digunakan sebagai mata wang. Namun bila berlaku ketidakstabilan ekonomi dunia, emas dijadikan sebagai sandaran dan aset penyelamat.

Antara bukti-bukti yang nyata “emas adalah mata wang antarabangsa” ialah  ketika peperangan saudara di Vietnam, Cambodia dan semasa berlakunya Tsunami di Aceh banyak kisah-kisah pelarian yang meninggalkan tanah air mereka dengan menjual sawah ladang, rumah, ternakan dan lain2 dengan menukarkan kepada emas.

Mereka membawa seisi keluarga bersama emas tersebut ke negara lain untuk membina kehidupan yang baru.

Lambat kaya simpan emas. 
Kredit: Mentor Emas
Betul, tak dinafikan kalau simpan 1 gram sebulan dan harap jadi kaya memang tak la. 85 bulan baru jadi kaya untuk mengeluarkan zakat. 

Nak kaya? Beli 10 kg emas dengan harga RM2.7 juta. Emas naik harga RM10 segram, dah ada RM100,000 keuntungan. 

Berapa lama nak ambil masa naik RM10 segram? Tengok keadaan, kadangkala seminggu dah naik RM10. Kadangkala sebulan belum tentu. Tapi okla kan dapat RM100,000 sebulan?

Saya sering cerita emas ni sebagai simpanan, bukan pelaburan. Simpanan yang ambil masa bertahun. Kalau kita berusia 30 tahun, simpanlah 1 gram sebulan untuk jadikan aset persaraan kita nanti. 

Kalau anak umur 5 tahun, simpanlah 1 gram sebulan untuk 15 tahun, semoga mereka tidak tergolong dalam golongan yang bersusah payah bayar PTPTN selepas habis belajar.

Nak untung lebih, jadilah dealer Public Gold. Contoh bagi normal dealer dapat 1% sahaja. Orang beli RM100, dealer dapat RM1. Tapi kalau berjaya buat jualan RM50,000 sebulan bolehlah dapat komisyen RM500.

Nampak tak kenapa kita penting simpan Emas? Jom mulakan simpanan Emas sekarang dengan konsisten.

Anytime sedia memberi bimbingan free untuk anda menyimpan Emas. Bijaklah sekarang supaya senang di masa nanti.

Jom simpan Emas!

www.wasap.my/60105176268 

Noor Azuana Binti Mat Noor
PG00233234 | +6010-5176268
TRUSTED DEALER & RECOMMENDED
PUBLIC GOLD INTERNATIONAL

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020
https://emas2u.com/dealer-public-gold/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

21 Kelebihan Memiliki Syiling Emas Dinar 999.9

Akaun GAP Junior untuk Si Manja Anda di Public Gold