Harga Emas turun, adakah rugi atau untung? Ini 5 Puncanya.

Harga Emas turun menguntungkan atau merugikan?

Oleh: Noor Azuana Binti Mat Noor
Jumaat | 08 Januari 2021 19:00pm
Hari ini 09 Januari 2021 menyaksikan penurunan harga emas dan perak. Pelbagai faktor menjadi sebab utama  emas turun. Menurut analisa di Kitco.com merumuskan pelabur bertindak menjual aset seperti Emas untuk membeli pelaburan yang lebih lumayan dan menguntungkan seperti saham Tesla dan Bitcoin, Kata Gareth Soloway. Beliau merupakan ketua strategi peasaran di The Money Stocks. Menurut Soloway, pelabur tersebut merupakan short term investor yang lebih melihat peluang keuntungan dalam pelaburan lain.
Selain itu juga, kenaikan hasil perbendaharaan di Amerika Syarikat (US Treasury) dan US Dollar adalah sebab utama di sebalik penjualan besar-besaran ini, kata penganalisis kepada Kitco News pada hari Jumaat. Ini menyebabkan faktor utama harga emas turun.
Emas menyaksikan kerugian harian $80 sebelum ini, dengan niaga hadapan emas Comex Februari terakhir diperdagangkan pada $1,836.60, turun 4.02%. Pada masa penulisan ini, hasil perbendaharaan meningkat di atas 1.1% dalam tempoh 10 tahun.
Tambahan lagi,  prospek ekonomi juga masih tidak menentu. A.S melaporkan kehilangan 140,000 pekerjaan pada bulan Disember 2020 ditambah dengan jumlah kematian akibat kematian Covid-19 semakin meningkat. Ia juga merupakan petanda ekonomi yang lebih teruk dalam quarter pertama 2021. 

Kesimpulannya, dapat diketahui bahawa 5 faktor penurunan harga emas ada kaitan dengan; 

1. Kaitan dengan Dollar
Keadaan ekonomi dunia yang berlaku sekarang ini. Sekarang para pelabur dagangan matawang asing sudah beralih arah daripada Euro kepada dolar Amerika, ingat, bila saja dolar Amerika laku dan meningkat, harga emas akan jatuh. Kedua ialah spekulasi dan monopoli, lihat sahaja berita yang menyatakan harga emas akan jatuh, pelabur-pelabur emas ini akan menjadi panik dan terus menjual kesemua koleksi emas mereka sebelum menunggu lagi lama untuk harganya meningkat semula. Selepas itu, akan terjadilah saat di mana lambakan emas di pasaran dan seterusnya penawaran akan melebihi permintaan. Dari itu, harga emas akan jatuh. Acara-acara yang berlangsung di dunia juga faktor penawaran meningkat. Acara ialah seperti Sukan Olimpik, EURO dan FIFA. Apabila sesebuah negara itu menganjurkan sesebuah acara sukan, mereka perlu membuat pelbagai jenis perbelanjaan untuk menjayakannya. Negara tersebut akan memilih untuk menjual unit rizab emasnya untuk menampung perbelanjaan tersebut, maka terjadilah penawaran melebihi permintaan. Terdapat banyak lagi potensi bagi harga emas menurun dan penawaran meningkat tetapi itu semua anda sendiri boleh fikirkan dengan ‘common sense’ atau logik akal.
2. Keadaan ekonomi global
Kira-kira 80 peratus daripada jumlah bekalan emas telah digunakan oleh industri barang kemas. Penggunaan barang kemas adalah pengaruh yang besar ke atas permintaan terhadap emas itu juga. Kerana keadaan ekonomi yang bertambah baik, keperluan untuk emas cenderung untuk meningkat. Walau bagaimanapun, industri yang paling sensitif yang akan mempengaruhi secara mendalam adalah industri barang kemas. Kemelesetan telah mempengaruhi permintaan barang kemas pada tahun 1982-1983, kerana pada masa yang sama, harga emas juga meningkat. Dalam kemelesetan awal 90, tahap permintaan barang kemas telah jatuh juga, tetapi pada masa ini harga emas juga jatuh serentak. Seperti dinyatakan di atas, keadaan ekonomi boleh membawa kepada inflasi yang tinggi. Jadi, manfaat menggunakan emas sebagai alat perlindungan nilai terhadap inflasi telah dirasai oleh pelabur untuk masa yang lama. Dengan emas, pelabur mendapat perlindungan yang sempurna terhadap penurunan dalam kuasa beli.
3. Penjualan emas di Cyprus
Pada 11 April yang lalu, telah dilaporkan bank pusat di negara Cyprus akhirnya menjual simpanan emasnya hanya semata-mata untuk mengurangkan hutang negara itu. Banyak sumber yang mengatakan ini adalah penyebab utama kejatuhan harga emas sekarang, mereka telah menjual sebanyak 13.9 tan rizab emas. Tetapi pada Februari 2013 yang lalu, nilai rizab (simpanan) berjumlah hanya kira-kira 550 juta Euro. Ada juga sumber -sumber lain yang menyatakan kejadian di Cyprus adalah telah dirancang dan pasaran masa hadapan dimanipulasi. Penjelasan selain dari yang ini adalah penjualan emas yang dibuat oleh pelabur yang lain juga merupakan rantaian reaksi sesama para pelabur emas itu sendiri, pelabur yang sedang kerisauan, dan mula menjual emas-emas mereka. Bukan sahaja di Cyprus, negara-negara yang lain juga seperti Amerika dan negara di sekitar Eropah telah mula menjual emas kerana mampu membaik pulih ramalan ekonomi di negara itu sendiri.
4. Pengumuman FED dan kejatuhan harga aset
Rizab Persekutuan AS umum pengurangan rangsangan secara beransur yang menandakan berakhirnya kitaran pengembangan kuantitatif.
5. Tindakan para pelabur emas
Segala aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh pelabur emas juga boleh mempengaruhi penurunan harga emas. Para pelabur jangka pendek yang giat aktif dan cepat panik bertindak menjual emas mereka selepas mengetahui Goldman Sachs menurunkan paras harga ramalan prestasi purata harga emas bagi tahun 2013 baru-baru ini. Ada juga para pelabur yang melabur dalam saham emas bertindak menjual pegangan ekuiti dalam pelaburan dan membeli pula bon sebagai pengganti untuk menyelamatkan nilai matawang semasa dari terus jatuh merudum.
 
Apakah ia untung atau tidak? Bagi pelabur pasti merasakan rugi jika tidak dijual kerana mereka akan beralih kepada pelaburan lain manakala bagi penyimpan Emas ia ibarat mega sale untuk membeli emas secara borong! So, masing-masing ada keuntungan bila berlaku penurunan harga emas.
Jom beli Emas!

Nak FREE nota kewangan, motivasi & emas?

Sila contact @ WhatsApp www.wasap.my/60105176268

Noor Azuana Binti Mat Noor
Trusted Dealer And Recommended
PG00233234 | +60105176268
FB Sinaran Mentariku

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020

Jumaat 08 Januari 2021 | 19:00pm
https://emas2u.com/dealer-public-gold/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

21 Kelebihan Memiliki Syiling Emas Dinar 999.9

Akaun GAP Junior untuk Si Manja Anda di Public Gold