Anda Tanya BondaGold Jawab

Sebarang Kemusykilan Pasti Terjawab oleh BondaGold! Jom Baca.

Oleh: Noor Azuana Binti Mat Noor
Rabu 13 Januari 2021 | 10:16am

SOALAN 1: Bagaimanakah ingin membuat tuntutan emas di Public Gold jika berlaku kematian. 

JAWAPAN:

Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:

🌻 Sijil Kematian

🌻 Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)

🌻 Salinan IC pewaris

🌻Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak).

Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.

Jika Easy Payment Purchased (EPP), waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan ;

(a) jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% penalti atau 

(b) waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

Harap Maklum.

* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad. 

#EmasUntukDiwarisiBukanUntukDibiarkanBegituSahaja

WARIS: TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN 

Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di cawangan Public Gold adalah:

✅ Sijil Kematian

✅ Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)

✅ Salinan IC pewaris

✅ Surat mahkamah – pindah milik/tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak).

Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di cawangan yang berdekatan untuk proses pindah milik.

Jika Easy Payment Purchased (EPP), waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan ;

✅ jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa  atau 

✅ waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

Harap Maklum.

* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad

Jika anda seorang DEALER, anda hanya perlu mengisi borang penama (nominee) yang boleh di dapati di web Public Gold. Hanya dengan

1️⃣ Mengisi borang yang di muat turun, tanda tangan anda dan penama di borang tersebut

2️⃣ Muat naik borang 1️⃣ beserta salinan kad pengenalan anda dan penama

3️⃣ Apabila selesai, anda akan menerima email notifikasi bahawa permohonan anda telah berjaya.

4️⃣ Jika berlaku kematian, waris hanya perlu bawa diri & IC ke cawangan Public Gold untuk pengesahan

Mudah kan?

Nak lagi info? https://publicgold.me/bondagold

SOALAN 2: Apa itu Akaun GAP & kenapa perlu tinggalkan baki minima 1gram dalam akaun GAP?

JAWAPAN: Baiklah, ini jawapannya.

  1. GAP adalah Gold Accumulation Program iaitu platform mudah disediakan untuk mengumpul emas berketulenan tinggi 999.9 (24K) dengan modal serendah RM100 atau 1gram.
  2. Secara ringkasnya lebih kurang seperti 'Saving Account' tetapi Kita simpan gram bukan RM.
  3. Akaun GAP ini 100% adalah Emas Fizikal.
  4. Program menyimpan Emas dalam akaun GAP telah disahkan patuh syariah oleh Panel Syariah yang dilantik.
  5. Pembelian minima adalah RM100 Dan seterusnya dalam gandaan RM50 akan ditukarkan KE dalam gram emas sehingga 4 titik perpuluhan.
  6. Pengeluaran emas fizikal bermula dari sekecil 1gram.
  7. Tiada yuran simpanan dikenakan sepanjang simpan dalam akaun GAP.
  8. Tiada komitmen bulanan, segalanya terserah anda jika nak cepat capai target 10g, 20g, 50g, 100g, 250g & 1000g.
  9. Baki minima 1gram perlu ditinggalkan untuk memastikan akaun aktif.
  10. Sekiranya semua gram dikeluarkan/dijual akaun dianggap tutup. RM50 caj penalti  dikenakan jika ingin mengaktifkan akaun semula. 
  11. Pengeluaran emas fizikal dari akaun GAP dikenakan "caj Gold Premium" yang rendah. Setiap item goldbar atau pun dinar mempunyai caj gold premium yang berbeza mengikut berat gram.
Register Percuma di sini https://publicgold.me/bondagold

SOALAN 3: Ada sijil patuh syariah Tak?

JAWAPAN: Ada, ini sijilnya.

SOALAN 4: Apa itu wealth card? 

JAWAPAN: Ini adalah wealth card saya sebagai Priority Dealer Public Gold;

🌻 Wealth Card adalah antara item yang wajib dibeli oleh Customer yang ingin jadi Dealer Public Gold. Terhad hanya untuk 2 keping sahaja bagi setiap customer.

🌻Wealth card ini ibarat kad nama dealer.
Ia mengandungi maklumat Nama Dealer, PG code dan pangkat dealer (Normal Dealer atau Priority Dealer).

🌻Ada gold bar 0.5 gram kat dalam wealth card tersebut.

🌻Wealth Card juga datang bersama-sama baucer diskaun untuk belian emas, silver dan PGMall bernilai RM350; 

  1. Ada Baucer diskaun beli emas RM10 x 10 keping. Hanya boleh untuk pembelian terus, EPP4 & EPP10.
  2. Ada Baucer diskaun beli silver RM20 x 10 keping. Hanya untuk pembelian terus, EPP4 & EPP10.
  3. Ada Baucer diskaun pembelian di PGMall RM10 x 5 keping. Minimum pembelian RM100
***Baucer ini sah dalam tempoh setahun dan tidak boleh digunakan dalam Akaun GAP (Akaun Gold) atau SAP (Akaun Silver) malah tidak boleh digunakan dalam promosi item yang telah ada diskaun.

Berminat nak join Dealer Emas Berilmu Sila pm saya www.wasap.my/60105176268/NakJadiDealerEmas

SOALAN 5: BAGAIMANA NAK BELI EMAS PUBLIC GOLD? 

JAWAPAN: Ada 4Cara ; 
  1. Beli terus seperti Cash & Carry:  beli terus di branch berdekatan anda atau boleh beli melalui website public gold dengan full payment @ bayaran penuh. Namun diingatkan sepanjang PKP Public Gold lebih menggalakkan customer berurusan secara online dan dipostkan sampai ke ke rumah anda.
  2. Beli secara ansuran mudah syariah (Easy Payment Purchase) sama ada 4bulan atau 10bulan. Selesai bayaran boleh collect item di Branch.
  3. Beli dan simpan dalam akaun GAP. Setelah emas yang dikumpulkan dalam Akaun GAP ada 11gram, maka 10gram boleh dikeluarkan dan baki 1gram perlu ditinggalkan agar akaun GAP anda kekal aktif.
  4. Beli terus di PGMall Online Shopping melalui PG Museum. Harga di sini mengikut harga komersial agak tinggi sedikit. Namun kadangkala ada promosi kod tertentu menyebabkan akan dapat lebih penjimatan, settle full payment baru emas anda di post ke alamat rumah anda dengan selamat dan berinsurans.

SOALAN 6: Saya tak tahu nak beli secara GAP atau beli terus ? 

JAWAPAN: Anda perlu tahu poket anda ada bajet atau tidak? Ini saranan saya;
  1. Akaun GAP; Bajet kecil - harga berubah setiap pukul 12:00 malam,  minima belian RM100 ke atas, gram emas akan bertambah jika anda tambah belian untuk saving begitulah sebaliknya jika anda tidak tambah saving, jumlah saving emas anda tidak bertambah dan tidak berkurang.  Minima 1gram perlu ditinggalkan dalam akaun GAP untuk kekal aktif. Sepanjang simpanan dalam Akaun GAP tiada caj upah simpan. Harga belian sama sahaja walaupun anda beli 1000gram. Tiada penjimatan. Saya hanya galakkan jika ingin simpan mengikut bajet kecil anda sahaja di bawah 10gram, lebih baik pilih kumpul emas di GAP!

  2. Beli Terus; Bajet besar- harga berubah setiap 20minit, minima belian small bars 1gram atau 5gram tetapi harga retail RM350 agak mahal berbanding akaun GAP, jika anda mahu penjimatan lebih sesuai beli dari akaun GAP untuk item bawah 10gram. Beli terus sangat sesuai utk 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, dan 1000g kerana pemurataan harga pergram lebih rendah. Lagi besar gram emas anda lagi rendah harganya dan banyak penjimatan untuk harga 1 gramnya. Selesai sahaja pembayaran, boleh call branch set appointment secara online di website dan item juga boleh collect atau di post terus dari branch ke rumah anda dengan selamat.

SOALAN 7: Urusan jual beli emas di Public Gold Riba'? 

Jawapan: Ini jawapannya;

Saya suka bagi jawapan yang simple dan orang awam boleh faham.
Bila orang order emas kat Public Gold, urusniaga itu dikira sebagai tempahan emas dengan 100% bayaran security deposit. Tidak ada akad jual beli berlaku.

Bila emas sampai depan mata dan pembeli ambil. Baru akad jual beli. Selagi belum dapat emas, duit tu boleh diminta balik sebab ia hanyalah security deposit. Sebab itu urusan urusan jual beli di Public Gold adalah patuh syariah bagi mengelakkan transaksi riba. Sebab konsepnya adalah tempahan emas dengan bayaran 100% security deposit.

Baca selanjutnya di sini https://publicgold.me/bondagold

Soalan 8: Berapakah Caj Spread, Gold Premium & Gold In Transit?


Jawapan: 
1) Caj Spread
2. Caj Gold Premium Dan  Caj EPP (ansuran).


Soalan 9: Apakah maksud di sebalik PG1S?

Soalan 10: Bolehkah Saya tahu di mana boleh dapatkan contact no Arrahnu POS Malaysia?

Jawapan: sila klik di sini 


Semoga bermanfaat ya, insyaallah dari semasa ke semasa saya akan kemaskini sebarang persoalan prospek seperti anda.

Nak simpan Emas, sila hubungi Saya; 

www.wasap.my/60105176268 atau jom layari my website superb duperb ni https://publicgold.me/bondagold

Noor Azuana Binti Mat Noor
PG00233234 | +6010-5176268
TRUSTED DEALER & RECOMMENDED
PUBLIC GOLD INTERNATIONAL

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020
  • Top Producer Bronze Bulan Januari 2021
  • Top Producer Gold Bulan Februari 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Mac 2021
  • Top Producer Bronze Bulan April 2021
  • Top Producer Silver Bulan Jun 2021
Rabu 13 Januari 2021 | 10:16am




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

21 Kelebihan Memiliki Syiling Emas Dinar 999.9

Akaun GAP Junior untuk Si Manja Anda di Public Gold