Hikmah Berzakat yang anda khawatirkan dapat mengurangkan harta.

Anda lebih mendengar havoc daripada kebenaran. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Ini menunjukkan betapa mulianya orang yang memberi berbanding orang yang menerimanya dan lebih khusus menunjukkan tentang Sedeqah. Namun zakat pula adalah kewajipan mengeluarkan sebahagian harta untuk dimanfaatkan oleh orang Islam setelah cukup haul dan tempoh. 

Oleh: Noor Azuana Binti Mat Noor
Sabtu 02 Januari 2020 | 00:57am

Orang Islam wajib membayar zakat ke atas emas yang mereka miliki. Bagaimana perkiraannya?

Pertamanya, terdapat dua kategori emas, apabila berbicara mengenai zakat emas: (1) barangan kemas, dan (2) pelaburan. 

Kategori Pertama : Barangan kemas adalah emas yang dipakai oleh wanita. (Adalah haram bagi lelaki Islam memakai emas di badan mereka.) Ini termasuk cincin, rantai, loket, gelang tangan, subang, dan sebagainya. Dan untuk menjadikan perkara ini jelas, anda masih perlu membayar zakat walaupun isteri dan anak perempuan tidak menggunakan barangan kemas itu dan hanya membiarkannya berada di dalam laci! 

Contoh Zakat Emas di negeri Selangor 

Kadar mahrub di negeri Selangor ialah 800 gram. Ini bermaksud, anda hanya membayar zakat sekiranya berat keseluruhan barangan kemas melebihi angka ini. Tidak ada bayaran yang perlu sekiranya berat emas anda berada di bawah angka itu. Dan ya, zakat hanya perlu dibayar sekiranya anda memiliki emas itu untuk tempoh melebihi satu tahun. Formulanya adalah seperti berikut: 

Berat emas x harga semasa pada hari itu x 2.5%

Sebagai contoh, sekiranya berat barangan kemas anda ialah 900 gram dan harga semasa ialah RM50 setiap gram, anda kemudian memasukkan angka-angka ini ke dalam formula: 

900 gram x RM50 = RM45,000 x 2.5% = RM1,125.

Maka zakat anda adalah RM1,125. 

Kategori kedua ini ialah emas yang disimpan sebagai pelaburan. Ini akan termasuk syiling, wafer, jongkong, perhiasan rumah, dan sebagainya. Atau dalam kata lain, sebarang bentuk emas kecuali yang digunakan sebagai barangan kemas. 

Kadar mahrub di sini ialah 85 gram. Ini bermaksud, anda hanya perlu membayar zakat sekiranya berat keseluruhan emas adalah melebihi angka ini. Perkiraannya adalah seperti berikut: 

Berat emas x harga semasa pada hari itu x 2.5%

Sekiranya berat emas anda ialah 90 gram dan harga semasa ialah RM50 setiap gram, maka; 

90 grams x RM50 = RM4,500 x 2.5% = RM112.50.

Zakat anda adalah RM112.50. 

*****Ikut harga semasa emas ya. Kini tahun 2021 segram RM 272+/-

Anda boleh membayar zakat ini di mana-mana pusat pungutan zakat di negara ini.

Apakah hikmah dan faedah berzakat? Bolehkah diperincikan.

Zakat mempunyai hikmah dan faedah yang banyak. Ia adalah untuk kebaikan pengeluar zakat dan juga penerimanya. Faedah zakat juga dapat dinikmati oleh individu dan masyarakat. Antara hikmah dan faedah tersebut adalah seperti berikut:

Amalan berzakat boleh membiasakan diri pengeluarannya supaya bersifat pemurah dan suka mengerjakan ibadah qurban. Amalan itu juga boleh membuang sifat kedekut dan unsur-unsur bakhil. Hakikat ini dapat dirasai oleh pengeluar zakat dan dia juga menyedari bahawa zakat itu lebih ketara kepada penambahan harta daripada menguranginya. Hal ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ

Maksudnya: “Zakat itu tidak mengurangi harta.”

Riwayat Muslim (2588)

Bagaimanakah dikatakan zakat itu akan mengurangi harta, sedangkan Allah memberkati harta yang tinggal dengan sebab berzakat?

Zakat tidak mengurangi harta bahkan semakin bertambah dan semakin dekat kita untuk bertaqwa kepadaNya asbab natijah jika tidak mengeluarkan zakat telah Allah jelaskan bahawa azabNya sungguh pedih. Berzakatlah demi menyucikan harta kita diberkati oleh Allah S.W.T.

Pertama: Allah SWT akan menjauhkan harta tersebut daripada sesuatu yang memudaratkannya dan memeliharanya daripada gangguan manusia. Selain daripada perkara tersebut, Allah SWT juga menunjukkan cara-cara untuk memanfaatkan dan mengembangkan harta tersebut kepada pemiliknya. Di samping itu, Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang besar kerana mengeluarkan harta semata-mata untuk keredhaan-Nya.

Kedua: Zakat boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara pengeluar zakat dengan orang lain. Apabila kesedaran ini wujud dalam masyarakat, setiap orang Islam mampu menunaikan kewajipan mengeluarkan zakat kepada pihak yang berhak menerimanya. Ianya dapat dilihat betapa eratnya jalinan kasih sayang sesama individu di kalangan orang Islam dan masyarakat keseluruhannya.

Ketiga: Zakat berperanan untuk memastikan sesebuah anggota masyarakat itu menjadi lebih sempurna. Meskipun begitu, terdapat pelbagai keadaan dan unsur-unsur yang memperluaskan jurang perbezaan taraf sosial itu bertambahnya golongan yang memerlukan bantuan serta golongan fakir. Zakat berfungsi memelihara masyarakat daripada jurang perbezaan taraf sosial yang ketara.

Keempat: Zakat memainkan peranan penting dalam menangani masalah pengangguran. Antara sebab utama yang menyumbang kepada pengangguran ialah kemiskinan. Orang yang miskin tidak mempunyai modal yang minimum untuk menjalankan sesuatu perusahaan atau pekerjaan. Oleh itu, jika sistem zakat berjalan mengikut haknya, sudah tentu orang yang miskin berhak menerima bahagiannya dan membolehkan mereka menjalankan perusahaan yang dirancang sesuai dengan kemahiran dan kelayakan yang ada pada mereka.

Kelima: Zakat merupakan cara yang dapat membersihkan hati daripada sifat-sifat keji yang memberi kesan kepada masyarakat, iaitu sifat berdendam, iri hati dan hasad dengki. Bagaimanapun sifat tersebut akan menjadi barah dalam masyarakat jika tiada lagi sifat berkasih sayang, tolong-menolong dan saling bersimpati. Fenomena ini bukan hanya propaganda yang dilaung-laungkan sahaja, malah ia telah menjadi satu realiti yang nyata dan bukan fantasi yang direka. Apabila zakat dilaksanakan, hasilnya akan jelas kelihatan dan kesannya yang menakjubkan.

            Oleh itu, ia dapat membersihkan jiwa daripada sifat hasad dengki dan iri hati serta mengeratkan hubungan persaudaraan sekalipun mereka berbeza dari segi kemewahan dan kekayaan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا

Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).

(Surah al-Taubah: 103)

Ibn Abbas R.A menjelaskan bahawasanya setiap kalimah صدقة di dalam al-Quran adalah lebih aula difahami dengan makna zakat yang wajib.

Keenam: Syeikh Ali al-Jarjawi dalam bukunya, Hikmah al-Tasyri’ wa Falsafatuhu berkata: “Antara hikmah menunaikan zakat ialah membawa kepada keamanan dalam negara. Beliau memberi banyak alasan dan hujah bagi membenarkan kenyataan tersebut yang jelas menunjukkan bala menimpa masyarakat, negeri, negara dan tempat di mana pengabaian untuk mengeluarkan zakat berlaku. Natijah yang lebih parah lagi membawa kepada pembunuhan, jenayah, pencurian dan juga ramai yang ditangkap dan dimasukkan ke penjara kerana sebab harta benda dan kewangan.”

            Semoga dengan kita memahami hikmah dan rahsia pensyariatan zakat menjadikan kita benar-benar faham erti zakat dan faedah disebalik zakat tersebut.

Perlukan bantuan untuk pengiraan zakat?, Sila hubungi Saya atau Pusat Zakat berhampiran , insyaallah anda akan dibimbing sehingga faham. Boleh contact atau Whatsapp di talian www.wasap.my/60105176268

Noor Azuana Binti Mat Noor
Trusted Dealer & Recommended 
Public Gold International
PG00233234 | +6010-5176268

FB SINARAN MENTARIKU

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020
Sabtu 02 Januari 2020 | 00:57am
https://emas2u.com/dealer-public-gold/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

Nyawa kita milik Allah, tiada siapa yang tahu bila ajalnya tiba

24jam boleh shopping di PGMall🥰