Langkau ke kandungan utama

Apakah maksud Caj GP Public Gold

Apa itu Caj Premium Public Gold?

Caj ini dikenakan untuk setiap pembelian samada pembelian biasa (non-GAP) atau pembeli melalui Akaun Emas GAP.

Apakah sebenarnya caj premium?

Caj Gold Premium sebenarnya kos logistik Public Gold menghantar emas untuk memudahkan pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat seluruh Malaysia dan Indonesia. Kalau sebelum GST diperkenalkan, caj ini dinamakan“transportation cost”.

Untuk makluman sahabat pembaca, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke cawangan berhampiran dengan kita.

Harga tertera di PG Sell belum ditambah dengan caj premium di atas

Bagaimana cara jimatkan kos caj “premium”?

Untuk jimat caj ini, beli (atau keluarkan dari Akaun Emas GAP) item yang lebih berat. Contohnya, caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 keping.

Kalau keluarkan 10 keping, maksudnya kita perlu bayar RM100 (RM10 x 10 keping).

Untuk lebih jimat, keluarkan sahaja gold bar 10 gram x 1 keping. Cajnya hanya RM15 sekeping.

Jimat RM85 (RM100 – RM15).

Lebih besar item emas yang dikeluarkan, lebih murah “kos per gram” untuk caj Gold Premium. Ini disebabkan caj premium dikenakan berdasarkan jenis ITEM, bukan caj “per gram”.

Adakah ia caj penghantaran (pos) kepada pembeli?

Bukan. Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran kepada pembeli seperti caj poslaju.

Untuk penghantaran terus ke alamat pembeli, ianya dikenali sebagai Gold In Transit (GIT). 

Terbaru, pada penghujung 2020 pembeli emas boleh buat pengeluaran akaun emas dengan GIT jugak. Baca: GAP Gold in Transit

Adakah sama caj premium pembelian biasa dan pembelian secara EPP?

Berbeza. Untuk pembelian secara EPP, ada caj tambahan dikenakan.

Pengiraan: PG SELL + Premium Caj + EPP Premium

Rujuk jadual di bawah.

Contoh belian 1 Dinar Emas

PG Sell : RM1,154

Caj premium: RM10

EPP Premium: RM5

Total: RM1,169

Kenapa Public Gold kenakan caj Gold Premium walaupun kita ambil sendiri emas di cawangan Public Gold terdekat?

Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre.

Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch.

Semoga para pembaca faham tentang premium caj.

Insha Allah.

****Item yang sama tetapi cara dan teknik berbeza menyebabkan adanya penjimatan jika anda menyimpan Emas dalam akaun GAP😉.....ini contohnya....di Update pada 13 Januari 2021


Nak FREE nota kewangan, motivasi & emas?

Sila contact @ WhatsApp www.wasap.my/60105176268

Noor Azuana Binti Mat Noor
Trusted Dealer And Recommended
PG00233234 | +60105176268
FB Sinaran Mentariku

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020
Selasa 05 Januari 2021 | 14:10pm
https://emas2u.com/dealer-public-gold/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

21 Kelebihan Memiliki Syiling Emas Dinar 999.9

Akaun GAP Junior untuk Si Manja Anda di Public Gold