Cara Pengiraan Zakat Emas Dan Perak

Sesiapapun yang memiliki Emas tetap dipandang sebagai simbol kekayaan. Sejak berzaman lamanya emas telah digunakan sebagai wang dalam urusan jual beli. Emas-emas ditempa menjadi kepingan berbentuk syiling Emas dan juga dibentuk menjadi barang perhiasan wanita. Oleh sebab keistimewaan yang dimiliki oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas. Tidak tahu bagaimana untuk Kira? Jom kita mula dan praktikkan!

Oleh : Noor Azuana Binti Mat Noor
SABTU 02 JANUARI 2021 | 10:30AM

Emas Perhiasan Wanita ( اَلْحُلِّى )

Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).

Dikongsikan juga kadar uruf  bagi setiap negeri-negeri di Malaysia.

 1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2.  Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 800 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10.Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11.Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12.Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13.Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14.Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

Contoh:
[(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
(900 gram – 800 gram) x RM272 (harga semasa 02 Januari 2021 = RM27,200 x 2.5% = RM680

Emas Bukan Perhiasan ( غَيْرُالحُلِّى )

Iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya.

Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
85 gram x RM272 (harga semasa 02 Januari 2021)= RM23,120 x 2.5% = RM578

Emas Bercagar

Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.

Contoh:
[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
[(200 gram x RM272 (harga semasa 02 Januari 2021) = RM54,400)  – RM20,000 – RM400] x 2.5% = RM 840

Perak

Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih.

Contoh:
595 gram perak x RM4.25(segram pada 02 Januari 2020)=RM2,533 x 2.5% = RM63.33 

Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh Syariah

Pelaburan emas tanpa fizikal tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan)

Pelaburan ini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.

Hukum

Hukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.

Segala keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini adalah haram. Jadi ianya tidak wajib dizakatkan.Walau bagaimanapun, modal atau pokok pelaburan adalah harta yang halal. Oleh itu, jika ia melebihi Nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.

Manakala dalam keadaan Akad Fasid kerana tidak mencukupi syarat sah / rukun jual beli , tetapi diakhiri dengan berlaku proses qabd(pindah milik), maka diwajibkan zakat ke atasnya kerana status pemilikannya adalah sempurna. Iaitu wajib zakat (atas kedua – dua prinsipal dan keuntungan) untuk transaksi yg akadnya fasid tetapi disertai qabd.

Status Zakat Terhadap Pelaburan Emas Tidak Patuh Syariah


Jenis Akad
KeteranganStatus PemilikanStatus Zakat
Akad BatilAkad yang tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek diakadkanTidak SahTidak Wajib
Akad Fasid tanpa Berlaku QabdAkad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli dan tidak diakhiri dengan qabdTidak SahTidak Wajib
Akad Fasid dan Berlaku QabdAkad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli, tetapi diakhiri dengan qabd
Sah
Wajib
Semoga bermanfaat untuk anda dalam menyimpan Emas dan mengeluarkan Zakat Emas.
Sebarang pertanyaan boleh tanya di sini.
Noor Azuana Binti Mat Noor
Trusted Dealer & Recommended 
Public Gold International
PG00233234 | +6010-5176268
FB SINARAN MENTARIKU
Sabtu 02 Januari 2021 | 10:30am
https://emas2u.com/dealer-public-gold/

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

21 Kelebihan Memiliki Syiling Emas Dinar 999.9