Nak simpan Perak @Silver Bars.

Terma dan syarat untuk produk SAP

Oleh : Noor Azuana Binti Mat Noor
Rabu 20 Januari 2021 | 05:19am


1. Urusniaga Pembelian Perak oleh Pelanggan

1.1 Program Akumulasi Perak (“SAP”) merujuk kepada satu kaedah membeli perak melalui pengumpulan berkala untuk keperluan peribadi pelanggan yang dijual oleh Public Gold kepada pelanggan. 

1.2 SAP bukan sejenis produk kewangan atau deposit.

1.3 Perak yang dibeli oleh pelanggan melalui SAP akan disimpan oleh Public Gold di dalam ruang penyimpanan Public Gold.

1.4 Setiap pembelian perak melalui SAP, pelanggan akan menerima Invois Cukai (Tax Invoice) yang menyatakan ketulenan perak, jumlah kuantiti perak (dalam gram) serta harganya seperti yang dibeli oleh pelanggan.

1.5 Pelanggan boleh mengakses Penyata SAP di dalam system Public Gold yang akan merekod setiap urusniaga SAP (pembelian, pengeluaran dan penjualan semula) pada jumlah kuantiti perak (gram) yang tertentu.

1.6 Pelanggan hendaklah membaca semua penulisan yang berkaitan dengan jualan, prospektus atau dokumen tawaran yang lain serta Terma dan Syarat yang disediakan sebelum membuat pembelian. Pengurusan Public Gold berhak untuk meminda terma-terma dan syarat-syarat tanpa notis terlebih dahulu.

1.7 Pelanggan perlu mempertimbangkan semua risiko yang terlibat dengan pembelian logam berharga dan / atau pertimbangan yang terkandung dalam dokumen tawaran.

1.8 Pembelian minimum perak melalui SAP ialah RM100 atau di dalam gandaan RM50 atau pun 100 gram. Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat perak sehingga 4 titik perpuluhan (contohnya 0.0001 gram).

1.9 Perak yang dibeli dan dimiliki pelanggan melalui SAP memang disokong oleh perak fizikal berkualiti Ag999 pada setiap masa.

1.10 Harga perak untuk pembelian melalui SAP adalah ditentukan oleh pihak Public Gold menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya mengikut prinsip-prinsip Syariah, dengan mengambil kira semua faktor yang difikirkan relevan oleh Public Gold termasuk keadaan semasa pasaran perak dunia dan tempatan, matawang dan jenis ketulenan perak.

1.11 Harga jualan SAP harian Public Gold sebagai Harga Jualan dan Belian.

1.12 Jumlah wang yang dibayar atau dipindahkan ke akaun bank oleh pelanggan kepada Public Gold akan diambil sebagai sekuriti deposit oleh Public Gold sementara proses-proses berkaitan dilakukan oleh Public Gold. 

1.13 Pihak Public Gold memerlukan bayaran yang telah dijelaskan sebelum sebarang transaksi pembelian perak SAP boleh disempurnakan bagi pembayaran melalui cek atau pindahan wang melalui bank atau mana-mana kaedah pembayaran yang lain, jika berkenaan.

1.14 Pelanggan hendaklah bertanggungjawab terhadap sebarang caj, jika berkenaan, dan bersetuju untuk membayarnya kepada Public Gold.

1.15 Perkhidmatan lain yang ditawarkan yang tidak melibatkan jual beli perak ialah pemindahan perak SAP daripada seorang pemegang akaun kepada pemegang akaun yang lain.

1.16 Public Gold tidak mengenakan sebarang yuran simpanan ke atas perak SAP milik pelanggan yang disimpan oleh Public Gold.

1.17 Pihak pelanggan bersetuju untuk membayar caj pembatalan urusniaga sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk tidak membeli perak daripada Public Gold selepas arahan pembelian dibuat seperti dinyatakan dalam perenggan 1.1.

1.18 Public Gold akan memulangkan semula jumlah wang yang diambil sebagai deposit sekuriti dengan cara mengkreditkan semula jumlahnya ke dalam akaun bank pelanggan.

2. Pengeluaran Perak Fizikal

2.1 Pelanggan boleh, pada bila-bila hari perniagaan Public Gold, mengeluarkan perak fizikal yang disimpan dengan memberi arahan kepada Public Gold melalui sistem SAP atau hadir ke mana-mana cawangan Public Gold yang berhampiran. 

2.2 Pelanggan hendaklah memilih jenis produk perak semasa yang ditawarkan oleh Public Gold untuk setiap pengeluaran perak fizikal.

2.3 Setiap pengeluaran perak fizikal akan tertakluk kepada caj Silver Premium yang akan ditentukan oleh Public Gold dari semasa ke semasa mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

2.4 Kuantiti minimum pengeluaran perak fizikal ialah 250 gram dan dalam gandaan 250 gram.

2.5 Pelanggan hendaklah memastikan baki minimum 50 gram perak di dalam akaun SAP ditinggalkan untuk memastikan akaun SAP tersebut sentiasa aktif. Walau bagaimanapun, pengeluaran kesemua perak di dalam akaun SAP adalah dibenarkan dengan cara menutup akaun SAP tersebut. Pelanggan akan melalui proses pembukaan akaun SAP seperti biasa apabila pelanggan mahu membeli perak melalui SAP di masa hadapan.

2.6 Jika pelanggan memilih untuk mengeluarkan kesemua perak di dalam akaun SAP seperti dinyatakan dalam perenggan 2.5 di atas, dan disebabkan oleh mekanisme pengeluaran hanya dalam gandaan 250 gram, akaun pelanggan mungkin terdapat baki perak yang kurang dari 250 gram sehingga 4 titik perpuluhan. Jika keadaan ini berlaku, pelanggan bersetuju menjual kepada Public Gold baki gram perak di bawah 250 gram itu dan Public Gold akan membayar pembeliannya dengan sejumlah wang yang bersamaan dengan nilai semasa perak yang akan ditentukan mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam perenggan 3 di bawah.

2.7 Pihak pelanggan bersetuju untuk membayar caj pembatalan urusniaga sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan perak fizikal daripada akaun SAP pelanggan selepas arahan pengeluaran dibuat seperti dinyatakan dalam perenggan 2.1.

3. Penjualan Perak kepada Public Gold

3.1 Pelanggan boleh, pada bila-bila hari perniagaan Public Gold, menjual perak SAP miliknya kepada Public Gold dengan melakukan arahan kepada Public Gold melalui sistem SAP atau hadir ke mana-mana cawangan Public Gold yang berhampiran.

3.2 Kuantiti minimum penjualan semula perak kepada Public Gold ialah 50 gram.

3.3 Pelanggan hendaklah memastikan baki minimum 50 gram perak di dalam akaun SAP ditinggalkan untuk memastikan akaun SAP tersebut sentiasa aktif. Walau bagaimanapun, penjualan kesemua perak di dalam akaun SAP adalah dibenarkan dengan cara menutup akaun SAP tersebut. Pelanggan akan melalui proses pembukaan akaun SAP seperti biasa apabila pelanggan mahu membeli perak melalui SAP di masa hadapan.

3.4 Jumlah perak yang dijual oleh pelanggan kepada Public Gold akan diambil sebagai deposit sekuriti oleh Public Gold sementara proses-proses berkaitan dilakukan oleh Public Gold. 

3.5 Hasil jualan akan dibayar oleh Public Gold kepada pelanggan dengan mengkreditkan ke dalam akaun bank pelanggan berdasarkan tempoh masa seperti berikut selepas proses pengesahan dilakukan oleh Public Gold:

- Proses pengesahan yang dibuat sebelum jam 4.00 petang, jumlah wangnya akan dikredit dalam hari perniagaan berikutnya;

- Proses pengesahan yang dibuat selepas jam 4.00 petang, jumlah wangnya akan dikredit dalam 2 hari perniagaan berikutnya 

3.6 Pelanggan hendaklah bertanggungjawab terhadap sebarang caj, jika berkenaan, dan bersetuju untuk membayarnya kepada Public Gold.

3.7 Pihak pelanggan bersetuju untuk membayar caj pembatalan urusniaga sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk tidak menjual perak kepada Public Gold selepas arahan penjualan dibuat seperti dinyatakan dalam perenggan 3.1.

3.8 Public Gold akan memulangkan semula jumlah perak yang diambil sebagai deposit sekuriti dengan cara memasukkan semula jumlahnya ke dalam akaun SAP pelanggan.

Pihak Pengurusan Public Gold berhak untuk meminda terma-terma dan syarat tanpa memberi sebarang notis.

Nak simpan Silver@Perak, sila hubungi Saya; 

www.wasap.my/60105176268

Noor Azuana Binti Mat Noor
PG00233234 | +6010-5176268
TRUSTED DEALER & RECOMMENDED
PUBLIC GOLD INTERNATIONAL

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020
Rabu 20 Januari 2021 | 05:19am
https://emas2u.com/dealer-public-gold/



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

21 Kelebihan Memiliki Syiling Emas Dinar 999.9

Akaun GAP Junior untuk Si Manja Anda di Public Gold