Ada apa dengan ayat 1000 Dinar?

 Jom kita baca ayat Seribu Dinar.... Surah atTalaq ayat 1&2....Ada apa dengan 1000 Dinar?

Oleh: Noor Azuana Binti Mat Noor aka BondaGold 
21 Jun 2022 | Selasa |3.35am

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang

وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَلْ لَّهٗ مَخْرَجًا ۙ

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah

Yakni dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya

Niscaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar

Yakni dari segala perkara yang menyusahkannya

وَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۗ

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya

وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ ۗ

Dan ingatlah, sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah

Maka Allah cukuplah baginya

Yakni untuk menolong dan menyelamatkannya

اِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمْرِهٖۗ

Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya

قَدْ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Allah telah pun menentukan kadar

Dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu

صدق الله العظيم

Benarlah Allah Yang Maha Agung


-----------------🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹-----------------

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

1000 Dinar ni bersamaan 4,250g. Nilainya jika diconvert dalam RM berjumlah RM1,194,250.00 😱😱😱😱😱. Banyak eh😁. 

Subhanallah...ayat yang sangat mendalam maksudnya. Sangat digalakkan untuk diamalkan secara beristiqamah. 

#BondaGold 

Jom simpan Syiling Emas Dinar ❤️ Admin pun belajar simpan sikit-sikit, minima 1Dinar boleh kumpul mulai sekarang. Best kan😊 http://publicgold.me/bondagold

Info semasa Emas dikongsikan dalam my Telegram, jemput join 🤗 https://bit.ly/noorazuana

Noor Azuana Binti Mat Noor
PG00233234 | +6010-5176268
MASTER DEALER 
PUBLIC GOLD BUSSINESS OWNER INTERNATIONAL

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020
  • Top Producer Bronze Bulan Januari 2021
  • Top Producer Gold Bulan Februari 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Mac 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Apr 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Mei 2021
  • Top Producer SilverBulan Jun 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Sept 2021
  • Top Producer Bronze Bulan April 2022
  • Top Producer Silver Bulan Mei 2022
  • Club Recruitment 100 Mei 2022
  • Top Producer Platinum Bulan Jun 2022
  • Top Producer Platinum Bulan Julai 2022
  • Top Producer Gold Bulan Ogos 2022
  • Top Producer Gold Bulan Sept 2022



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

21 Kelebihan Memiliki Syiling Emas Dinar 999.9

Akaun GAP Junior untuk Si Manja Anda di Public Gold