Akaun GAP pun boleh ArRahnu di Public Gold secara Online.

Kini anda tak perlu gusar ke sana ke mari untuk dapatkan 'cash' , segalanya settled jika anda ada akaun GAP !  

Oleh : Noor Azuana Binti Mat Noor
Ahad 27 Disember 2020 | 21:53pm

ARRAHNU PUN ADA DALAM AKAUN GAP. BAGAIMANA? OK JOM BACA DULU!

Krisis ekonomi akibat isu Covid -19 sehingga kini masih belum selesai dan belum ada kesudahannya. Semakin hari kian meningkat jangkitan Covid-19 bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Akibat kesan pandemik ini kita juga terpalit sekali kerana pendapatan yang ada kian terputus kerana ada yang kehilangan pekerjaan, bisnes yang dulunya rancak kian suram, buntu apakah kehidupan harus diteruskan ataupun perlu mengikut peredaran bisnes secara digital kini secara online.

Isu ini lebih dihangatkan lagi dengan berita pada bulan Mei 2020 yang lalu di mana orang ramai berpusu-pusu ke pajak gadai dan ar rahnu untuk mendapatkan wang segera dengan mencagarkan emas mereka.

Mereka terpaksa beratur panjang dan menunggu lama hampir beberapa jam untuk mendapatkan wang dengan tempoh Masa yang sungguh terhad dan terbatas. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan masa dan tenaga bahkan bakal terdedah dengan bahayanya virus Covid19.

Tahukah anda jika anda menyimpan Emas di Public Gold ada program namanya akaun GAP  boleh di”arrahnu”kan secara atas talian tanpa anda perlu keluar rumah sebenarnya.



Terdapat beberapa langkah mudah sahaja diperlukan untuk gadai gram emas dalam akaun GAP anda. Untuk pengetahuan anda, gram emas di dalam akaun GAP telah disandarkan dengan emas fizikal berketulenan 999.9.

Sebagai contoh, anda ada 100gm terkumpul. Harga semasa emas per gram untuk arrahnu ialah 188/gm. Anda berhajat untuk cagarkan 50gm sahaja. Maka anda akan dapat nilai pinjaman sebanyak 70% daripada jumlah nilai marhun.

Pengiraannya begini:

70% x RM269 +/- (harga semasa hari ini) = RM 188 +/- x 50g = RM9400 +/- (nilai pinjaman yang anda akan dapat).

*Ikut harga sekarang 27/12/2020 RM269/gram

Selepas anda request untuk gadaikan 50gm dalam sistem, staf akan menghubungi anda untuk pengesahan dan wang akan terus dikreditkan ke akaun anda dalam tempoh masa 1-3hari bekerja. (Anda sendiri pun boleh call staf supaya urusan lebih cepat).

Bila anda sudah ada wang untuk tebus semula 50gm tadi, anda boleh bayar dan Kemudian gram emas anda tadi akan dimasukkan semula ke dalam akaun GAP.


TEBUS SEMULA EMAS GAP ANDA

Apabila anda ingin menebus semula emas anda, anda hanya perlu menghubungi staf di preferred branch anda (Login GAP dan lihat di bahagian My Account jika anda Tak pasti). Staf Branch akan berikan no akaun bank untuk urusan pembayaran anda. Setelah selesai, emas yang telah dipajak oleh anda akan dimasukkan semula ke dalam akaun emas GAP anda.

Ternyata semudah ABC je. Jom mula menyimpan gram emas dalam akaun GAP dari sekarang agar segalanya menjimatkan dan memudahkan urusan anda.

Wana a.k.a BondaGold

"Anytime membantu anda tanpa keraguan"

NOOR AZUANA BINTI MAT NOOR
PG00233234 | +60105176268
PRIORITY DEALER
PUBLIC GOLD INTERNATIONAL

FB Sinaran Mentariku 😘
27 Disember 2020 | Ahad 21:53pm
https://emas2u.com/dealer-public-gold/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nyawa kita milik Allah, tiada siapa yang tahu bila ajalnya tiba

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

24jam boleh shopping di PGMall🥰