5 Tips anti-gagal untuk anda Cuba!

 SELALU GAGAL UNTUK MENYIMPAN DUIT? INI 5 TIPS ANTI-GAGAL UNTUK ANDA CUBA!         

Oleh: Noor Azuana Binti Mat Noor aka BondaGold 
31 Oktober 2022 | Isnin |7.40am

Semua orang ada impian nak menyimpan duit tapi susah betul nak mula. Bila dah mula, nak kekal consistent pula bukan main susah!

Dua bulan pertama tu korang betul-betul disiplin, masuk bulan ketiga tu terus terlupa lah, kereta rosak lah, bajet lari lah. Macam-macam! Korang tau tak menurut laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75 % daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1,000 pun.

Risau weh, nanti dah tua siapa yang susah? Tapi tak apa, jangan risau kami kongsikan di bawah cara pengurusan wang menurut pakar kewangan. Kalau ikut tips ni mesti tak lama lagi korang pun boleh simpan wang dengan betul. Solet’s du-it!

Ada formula untuk korang simpan gaji dengan betul. Ikuti 5tips ini!

#1 Simpan 10% daripada pendapatan anda tak kiralah anda bekerja sendiri atau kerja makan gaji.

Kalau setakat RM50 lebih baik tak payah simpan!”

Dialog ni memang selalu sangat kita dengar. Ramai berpendapat yang mereka hanya perlu menyimpan jika ada lebihan duit je. Salah tu guys, kalau korang fahami konsep simpanan asas seperti formula uruskan gaji setiap bulan mesti korang takkan cakap macam tu.

Antara peraturan yang boleh dipertimbangkan adalah menyimpan 10% daripada gaji. Betullah, lebih banyak memang lebih baik, tapi menyimpan sedikit tu kan lebih baik daripada tidak menyimpan langsung?


#2 Jangan murah hati sangat, lagak macam orang kaya. Sekali sekala boleh la “keep the change”...jangan selalu okey!

Tak salah pun nak suruh juruwang ‘keep the change’ tapi tak perlu lah hari-hari. Korang tau tak yang baki tu korang boleh masukkan ke dalam tabung yang korang sediakan khas untuk baki sahaja.

Seronok tau bila tengok lama-lama tabung tu makin berat walaupun korang hanya masukkan 10 sen, 20 sen atau 50 sen je setiap hari.

#3 Berdisiplin dalam menyimpan & istiqamah berjemaah!

Nampak mudah betul tapi sebenarnya kalau tak betul-betul fokus dan berdisiplin mesti tak menjadi.

Disiplin yang tinggi merupakan asas terpenting dalam mencapai kejayaan penyimpanan wang. Penyimpanan secara konsisten dapat mencapai matlamat penyimpanan wang dengan baik. Korang kena kuatkan hati dan be firm kata orang! Walau apa pun berlaku kena juga simpan duit walaupun amaun yang berbeza setiap bulan!

#4 Pastikan korang menabung dalam saluran yang betul. Paling mudah dan jelas seperti KWSP, Tabung Haji atau ASNB. Confirm Dividen setiap tahun!

Tak semestinya korang kena simpan dekat bank je tau! Ada saluran lain yang korang boleh pilih dan antara tempat yang paling selalu menjadi pilihan ialah di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Bukan sahaja mempunyai pelbagai manfaat, ia juga menawarkan kadar dividen yang lebih tinggi berbanding bank lain.

Tak percaya juga? Korang dah dengar ke kadar dividen dari KWSP tahun ni?

KWSP telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10% untuk simpanan Konvensional dan 5.65% untuk Simpanan Shariah untuk 2021!

Best kan? Dividen ni akan menambah simpanan sedia ada dalam akaun korang.

Bukan itu sahaja, antara manfaat lain yang KWSP tawarkan ialah pelepasan cukai pendapatan serta bantuan khairat kematian.

Ha kan mudah tu, simpan wang di KWSP dan setiap tahun akan ada penambahan extra dari KWSP. Tempat yang perfect untuk korang menabung! Siapa nak tambah-tambahkan simpanan korang lagi weh, tak ada orang nak tambah. Baik korang simpan di tempat yang dipercayai dan boleh ‘grow’ sendiri!

Jangan risau kalau korang dah keluarkan wang simpanan KWSP haritu, asalkan korang kembali mencarum dengan lebih konsisten, simpanan masa depan persaraan korang akan kembali pulih!

#5 Ni paling rare dan best! tak mampu simpan Duit sebab asyik korek keluar simpanan tu, better simpan Emas. Bagaimana?

Mula-mula memang rasa tak mampu nak beli emas. Saban tahun naik harga kan. Kadang-kadang harga Emas ni ada pula turun naik, bikin cuak!  Bagi newbie yang baru nak berjinak simpan Emas memang perlu ada kekuatan jiwa dan spriritual dalaman. Tapi bila dah konsisten simpan Emas serendah RM100 ni pasti rasa semakin syok nak menyimpan. Yang penting, kena mulakan sekarang! Jangan bertangguh lagi. Boleh je nak simpan sebulan RM10 seperti kebanyakan syarikat perbankan buat tetapi Lambert lah nak capai HATTA 1gram Emas tu...hihi

 Dah ready nak simpan emas ? PM BondaGold https://www.publicgold.me/bondagold 

Info semasa Emas dikongsikan dalam my Telegram, jemput join 🤗 https://bit.ly/noorazuana

Simpan emas?
Salam/Hi, saya Cik Ida, boleh saya bantu?

Semoga berjaya dan bermanfaat mengikuti 5Tips yang disediakan.

    "Life is too short to spend it with people who annoyed you" - Mr.Forman

Noor Azuana Binti Mat Noor
PG00233234 | +6010-5176268
MASTER DEALER 
PUBLIC GOLD BUSSINESS OWNER INTERNATIONAL

Pencapaian Peribadi Sejak Jun2020 di Public Gold
  • Top Producer Bronze Bulan Ogos 2020
  • Top Producer Bronze Bulan September 2020
  • Club Recruitment 100 November 2020
  • Top Producer Platinum Bulan November 2020
  • Top Producer Silver Bulan Disember 2020
  • Top Producer Bronze Bulan Januari 2021
  • Top Producer Gold Bulan Februari 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Mac 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Apr 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Mei 2021
  • Top Producer SilverBulan Jun 2021
  • Top Producer Bronze Bulan Sept 2021
  • Top Producer Bronze Bulan April 2022
  • Top Producer Silver Bulan Mei 2022
  • Club Recruitment 100 Mei 2022
  • Top Producer Platinum Bulan Jun 2022
  • Top Producer Platinum Bulan Julai 2022
  • Top Producer Gold Bulan Ogos 2022
  • Top Producer Gold Bulan Sept 2022



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Perbezaan kenapa anda patut pilih Ar-Rahnu rakan kongsi Public Gold berbanding Pajak Gadai Konvensional.

21 Kelebihan Memiliki Syiling Emas Dinar 999.9

Akaun GAP Junior untuk Si Manja Anda di Public Gold